BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 31 October 2011

AKU LUPA!!!

Aku lupa,
kehidupan akhirku bukan di dunia,
namun di akhirat sana.

Aku lupa,
Pakaian akhirku bukan gaya kebaratan,
namun hanya helaian kain kafan.

Aku lupa,
Tilam akhirku bukan seempuk tebalnya kapas,
namun hanya tanah yang kotor dan keras.

Aku lupa,
katil akhirku bukan bersaiz raja atau ratu,
tapi saiz yang mampu menghimpit tubuh jika kurang amalanku.

Aku lupa,
Rotan akhirku bukan oleh cikgu sekolah,
namun oleh Munkar & Nakir jika jawapan ku berikan semua salah.

Aku lupa,
Sijil akhirku bukan ketika konvokesyen di dewan besar,
namun sijil amal ketika di padang mahsyar. 

Aku lupa,
Titian akhirku bukan jambatan menara berkembar Petronas Malaysia,
namun titan sirat samada sampai ke syurga, 
atau jatuh ke kawah neraka.

 Aku lupa,
aku hamba kepada Tuhan,
yang perlu sentiasa melakukan pengabdian,
kerana itulah tujuan aku diciptakan,
kini bersyukur ku masih diingatkan,
sebelum tibanya hari kematian,
sebelum ia menjadi penyesalan,
meraung-raung mohon dikembalikan,
konon ingin perbaiki amalan,
namun hanya ucapan pendustaan,
kerana segala dalam pengetahuan Tuhan,
ayuh peluang waktu yang ada jangan kita persiakan.

"hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia),agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja.."
[QS al-Mukminun, 23:99-100]
 

Sunday, 30 October 2011

HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam..............

Dia Adalah Jodoh Kita Kerana Allah



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya...sekadar renungan dr Mie_Epul....

XTAW

Assalamualaikum~~~.....
aku skrg xtaw apa nk diucpkn agi.....
aku xtaw nk aku setiap hari rasa sedih sgt2...
aku jugak tidak taw nape aku rasa jauh dri semua n gagal sgala urusan....
aku hnya taw sume e2 ujian d dugaan dri MU...
tp aku mmpu n aku rasa tewas sgt2....
apa yg aku impikn hancur n gagal d tgh jalan....
sllu usaha aku msti d tgh2 n xpnh nk habis..
aku taw xbaek kita pasrah n ujian tp skrg aku xtaw nk wat pape agi...
2 laaa aku insan yg lemah hnya mmpu berdoa shj...
but aku hnya ada MU shj YA ALLAH d hatiku....
now I want to own just once for a while to come....
pew dpt aku buat hnya e2 shj...


Thursday, 27 October 2011

TIADA PERASAN!!...T_T


Siapa taw isi hati kta kcuali Allah swt….
Sume owg dilahirkan m’punyai hati perasan…
Termasuk diri aku yg lemah ini….
Tapi korang fikir yg aku tiada perasan…
Ye!!..mmg aku m’ngaku aku xpndai nk jga hati owg tp aku faham gak korang sume…
Selama ni aku xkisah pew owg nk kata pd aku tp kdg2 aku ttp terasa gak but aku jugak punyai perasan cam korang…
Mmg selama ni aku diam but bg aku wat apa nk fikir owg kata tp klu korang kata pelik2 aku pon terasa…
Aku ketepikan perasan selama ni but aku xsuka layan perasan ni…
Kdg2 boley wat kita sakit n marah pd owg laen…..
Ramai yg ckp “ko nix dew perasan ka??/xdew perasan tul laaa mu ni fhmi…”..ni laaa bila korang kaum adam n hawa ckp kat aku bila aku xlayan…npe???..terok sgt ka agi..hmmmm….
Ye aku ngaku aku ada jugak perasan tp perasan aku aku letak kat belakang….
Korang xfaham..aku dri kecil di ajar tak mpunyai perasan kasih sayang kcuali fmly aku…..dlu aku utama kerjaya aku dri dri aku…tpp skrg aku sedar,aku xpnh fikir dri aku tp aku ambil taw gak sal korng sume xkira d mane korang n sapa korang…huhuhuu…..
CINTA!!!...
Mcm ngan cinta….sume owg inginkn cinta terutama cinta sejati….
Mmg aku ada keinginan gak utk bercinta TAPI aku xboley…
Aku xboley sbb cinta aku belum kuat cinta m’cintai sapa2 but cinta aku pd yg satu tak cukup kuat agi(CINTAI ABADI CINTA pd ALLAH)..
Mmg aku taw kasih syg sume dtg dri hati kta  tnpa kita sedari…
Aku sndiri sedar dri aku pnh d miliki tp xdew sapa leh buka pintu hati aku agi,aku xtaw npe….
Dlu mmg ada owg cuba buka konci tp xleh n ada seowg dah dpt buka kunci tp xsmpat buka pinta wlaupon konci dh dpt di buka…huhuu..tp xpew laa biaq itu jd kngan wat aku…
Skrng ni aku dah tutup suma buku aku n azan aku nk kejar dlu impian aku n pintu ati aku jugak akn d kunci blek wlapon dah d buka n pintu msih ttp d tutup..n di cni gak aku ckp..aku xpnh igin bercinta wlapon ada kiginan,bkn aku xd perasan tp aku prlu jga gak aty sume n xbaek maenkn perasan owg..biaq laa dia hadir cinta pertama n terakhir wat aku..yg pnting wat akucinta kekal abadi aku perlu d kuatkn agi..huhuu..
Ni je aku leh ckp tntng perasan n xsume aku leh ckp….just aku ckp aku ada perasan jgak bukan tak de tp xmaw layan e 2 suma……:’(

Saturday, 22 October 2011

Sentuhan Hati...

"Sesungguhnya Allah membenci orang yang berhati kasar, sombong, angkuh, bersuara keras di pasar-pasar, pada malam hari serupa bangkai dan pada siang hari serupa keledai, mengetahui urusan-urusan dunia tetapi jahil (bodoh dan tidak mengetahui) urusan akhirat". (HR. Ahmad)

Saudaraku,
Sungguh kesantunan tidak akan membuatmu hina atau terhina,
Sekali kali tidak. Kelembutan adalah 'manifestasi power' luar biasa yang bisa mengalahkan, tak ubahnya kelembutan hati wanita yang serupa rumput halus.

Segenggam rumput halus tidak mudah patah saat terinjak injak sekalipun,
Bahkan ketika hembusan angin mengencang sekalipun, ia hanya bergetar, akarnya mencengkram saling berpegangan.

Kelembutanlah yang membuatnya lebih bernilai, lebih dari sekedar pepohonan angkuh yang berdiri tegap namun pasti runtuh ketika badai datang menghempasnya.

Sahabat:
Mari kita mengenal Nya,
Maha Penyantun / Maha Lembut (QS 64:17) Adalah salah satu nama nama-Nya yang Agung yang kemudian dikenal dengan Asmaul Husna.

Subhanallah..
Bagi hati yang peka dan mata yang melihat, dunia ini penuh cinta.
Burung burung yang terbangun dipagi hari mencari makanan untuk anaknya, harimau yang berjaga semalaman untuk bayi mungilnya, ayam yang berpuasa menahan haus dan lapar mengerami telurnya hingga menetas, singa singa liar yang penyanyang kepada anak anaknya...

Dan manusia yang dianugerahi kata "cinta", dan dengannya dunia jadi berwarna..
Kesemuanya adalah bukti nyata dari 1 Rahmat Nya yang Allah ta'ala tebarkan di muka bumi ini.

Dalam terjemah kitab Riyadhussalihin (Taman Taman Syurga) bab 51, ada sebuah hadits yang menakjubkan. Pesan Rasulullah saw (dari riwayat Abu Hurairah ra) yang melukiskan betapa Luas Rahmat Allah yang meliputi semesta.

"Sesungguhnya Allah Ta'ala memiliki sebanyak seratus kerahmatan dan olehNya diturunkanlah satu bagian dari seratus kerahmatan itu untuk diberikan kepada golongan jin, manusia, binatang dan segala yang merayap. Maka dengan satu kerahmatan itu mereka dapat saling kasih mengasihi, dengannya pula dapat sayang menyayangi, bahkan dengannya pula binatang buas itu menaruh iba hati kepada anaknya. Allah mengakhirkan yang sembilan puluh sembilan kerahmatan itu yang dengannya Allah akan merahmati hamba-hambaNya pada hari kiamat." (Muttafaq 'alaih)

Hadits ini melukiskan tentang betapa ringannya dunia ini dibanding hari mahsyar setelah kiamat nanti, hari itu begitu dahsyat sehingga Allah mempersiapkan dan memberikan syafaat kepada mereka yang dikehendaki Nya dengan 99 Rahmat Nya yang lain.

Dan dunia ini hanya 1 Rahmat saja..
Pahamilah..

Apakah alasan yang membuatmu berdakwah dengan kata kata kasar saudaraku?
Apa yang membuat kalian berteriak teriak diberbagai mimbar besar dan mengusung pemikiran masing masing, mencela bahkan menyesatkan yang lain..

Mudah saja bagi Allah untuk mengembalikan kekacauan di bumi saat ini.
Mudah saja, imam yang akan menyatukan seluruh ummat muslimin itu akan diturunkan pada waktunya..

Semua ini adalah pelajaran dan ujian.

Mari kita lihat diri masing masing,
Mari kita luruskan selongsong kesungguhan dalam upaya kita,
Mari kita benahi niat kita diawal langkah kita,
Mari kita akhiri semua usaha kita dengan memuji-Nya,
Mari kita maafkan khilafiyah saudara kita, tanpa memaksa opini sendiri..
Mari kita bertanya kepada diri kita, tentang apa yang telah kita lakukan untuk
Adalah mudah saja mengoreksi aksi si pemain bola..
Hal tersulit adalah, menjadi pemeran dilapangan dan bukan sekedar penonton saja.
Hal tersulit adalah, terlibat dipertempuran melawan kekafiran dan bukan ramai ramai menindas saudaramu sendiri yang telah melangkah..

Bukan mencela..
Apalagi berupaya menghentikan.
Menyalahkan seakan diri begitu shahih dan shalih..
Merasa paling beriman tetapi kesantunan tak pernah tercermin dalam perwajahan tulisannya..

Apakah masih berkata,
Itu adalah sebentuk cinta untuk saudaramu?
Cinta itu memberi brother. Seni memberi dengan artisteka yang tinggi. Bungkusnya indah dan berkesan tidak berbalut kata kata kasar..

Sungguh..
Pena itu bisa lebih tajam dari pedang saudaraku..
Hanya jika kita pandai memainkannya, ia bisa menancap dan meresap lebih dalam jika dijiwai dengan ketawadhuan dan kesantunan.

Jika tidak mampu bersantun.
Maka diamlah, istirahatkan jiwa kita
Dan biarkan semesta Nya ramai bertasbih..
Semoga menjadi seruan agar lebih santun disemesta-Nya.

Saturday, 8 October 2011

9 SEBAB HATI TIDAK TENANG:::::...

  • 1. PEMARAH........
    Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang..

    2. PENDENDAM........
    Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

    3. HASAD DENGKI........
    Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

    4. BAKHIL........
    Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

    5. TAMAK.......
    Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

    6. TIDAK SABAR.......
    Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

    7. EGO.......
    Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

    8. RIAK......
    Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada.

    9. CINTA DUNIA......
    Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

KERANA TERLALU SAYANG


Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya.
Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya.
Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang.
Sayang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita berduka?
Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai.
Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat.
Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripa Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit.
Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak.
Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru, itu satu lagi ujian buat kita.
Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’.
Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang.
Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.
Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima.
Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima.
Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu.
Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan.
Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.
by:mie_epul

Friday, 7 October 2011

JANGAN SOMBONG BERDOA

 
Doa,
bukan hanya ketika susah,
namun juga ketika senang.

Doa,
bukan hanya ketika berhajat,
namun juga ketika lapang.

Doa,
bukan hanya ketika bertaubat,
namun juga ketika beramal.

Doa,
perlu terus kita lantunkan,
tanda hamba kepada Tuhan,
tanda merasa dalam kelemahan,
tidak putus memohon pertolongan.

Doa,
harus sentiasa kita ucapkan,
bukti insan penuh keyakinan,
bukti memohon penuh pengharapan,
tidak henti memohon permintaan.

Doa,
patut selalu kita luahkan,
lambang manusia punyai kesedaran,
lambang menyedari semua kesalahan,
tidak putus memohon keampunan.

Doa,
jangan malu untuk pohonkan,
teruslah berdoa setiap keadaan,
doakan diri sudah suatu kemestian,
doakan orang lain indikasi persaudaraan.

Ayuh saling mendoakan.
hidayah terus dikekalkan,
iman mampu ditingkatkan,
amalan sentiasa diteruskan,
ukhuwah makin dikuatkan,
ampunan sering diberikan,
rezeki selalu dikurniakan,
keredhaan Allah paling diharapkan.
Perkenankanlah doa kami Ya Rahman.

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku[1326] akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." [QS Al-Mu'min / Al-Ghafir, 40:60]

Wednesday, 5 October 2011

Kuatkan CintaKU


CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUi-Mu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGan-Mu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihat-Mu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut nama-Mu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janji-Mu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cinta-Mu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta pada-Mu..
Aku cinta pada takdir-Mu..
Aku cinta pada jalan-Mu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu..

Tuesday, 4 October 2011

PERINGATAN UTK KAUM ADAM DAN HAWA

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang
pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..dd
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya

Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman..-_-

Sunday, 2 October 2011

CiNtA sEjAtI

Cinta Allah swt adalh cinta SEJATI..
Takkan pernah menafi..
Takkan pernah mengkhianati..
Akan sentiasa menanti..
Walaupun selalu kita lupai..
Walaupun selalu kita sakiti..
Dia akan sentiasa menanti..
Dia akan sentiasa memaafi..
Ingat lah Dia.. Dia akan mengingati..
Mintalah pada Dia.. Dia sentiasa akan memberi..
Kembalilah meraih cinta Ilahi..
Sebelum Kiamat(Mati) menjemput kita nnti...^_^

DIA sedang menunggumu,
DIA sedia menyambutmu,
Tunjukkan pada-Nya hatimu yang terluka,
Adukan pada-Nya betapa kau kecewa,
Kisahkan pada-Nya betapa kau hiba,
Pasti kau takkan kecewa kerana DIA sungguh kasih kepadamu,
Walaupun hari-hari yang lalu kau pernah dan seringkali melupakan-Nya...

Assalamulaikum...^_^


Sedih dan sayu rasooooooooooooo…..bila tenang baru apa yg dah berlaku dlu smpai skrg….tapi tak baik kta kenang n putus asa ngan apa yg berlaku tapi 2 laaa biar jd pngajaran dalam hidup aku slama ni…anggap laaa ujian dariNYA…ya Allah…thanksssss..krana ssllu b’sama ngan hmba-Mu yg lemah ni…
Ramai kwn2,mmber2 pling rapat,rakan pjuangan aku n owg2 bru kenali aku ckp aku ni pelik tak ada perasaan ka???...xreti penat ka???...hahahahahaa…..kwn2ku kalian n sume laa,aku bkn xdew perasaan tp bg aku perasaan e2 nfsu yg mbuat aku mudah putus asa but 2 kdg agi lawan wlaupon aku lemah skali pon…sume tawkn…xpenah tgk aku sedih n kecewa sebelom ni n tgk aku okey n hepi jew cam tiadda masalah timbol..tp hakikatnya sume xtaw..yg taw pon mybe t’nmpak n persan jew prubahan dri aku(yg rapat pon lum tntu)…huuu…mmg aku xpnah rase sedih tapi hakikatnya aku dari dlu agi sedih tapi Alhamdulillah sgala kesedihan aku usaha utk tukar kppd kgmbiran but kta boleh ubah dri kta n xsapa leh ubah dri kta…..satu jew aku ingatkn,walau apa pon blaku n dugaan yg timbul jgn laaa skali putus asa n jdkn ia sbgai pgjaran…klu korang usaha tp ttp sama tawakal laa pdnya bbut sgla ujian driNYA pasti ada jln pyelesaian n ksudahannya….
Tuju kpd kwn2 aku yg sllu tye dri aku…nape aku xpnh bcinta n rami suka ko skali pon tp tgk aku cam xdew perasan jew..jwpan aku mudah jew but aku xlayak memiliki cinta manusia sdngkan cinta aku pada yg satu belum smpurna(ALLAH)….mmg kdg2 aku tingin mrasa tp wat apa??..nk ikut perasan??..nafsu???...biaq laa ada jodoh ado laaa but semua sudah d ttpkn olehNYA…
Ptnyaan kpd kwn aku tgk aku xpnh rase penat kew??..jwpan aku mudah gak..slagi aku mmpu n kuat untuk bngkit aku akn usaha wlaupon hakikatnya bbrapa kali aku gagal n kecewa xkira laaa apa pjuangan aku…slagi aku mmpu n kuat aslgi 2 aku xnk duk diam…J
Aku taw aku post kat blog ni rmai yg xtawkn tp klu nk taw msti korng cri…jd aku post kat sni but rami yg taw blog aku sbnarnya tp aku taw korang hidden status..huhuu..pape pon gud luck sume ea….aku ttp aku n tiada prubahan mlainkan …………………………. Smua 2 nt aku jwb blik but aku xnk sume taw tntng aku bg aku biaq sume hepi n aku xprlu sume 2 wat mase skrg…^_^
INSYAALLAH……sgala yg baik driNYA n yg kurg sume dri hmbaNYA yg lemah ini….