BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 19 August 2011

Berkasih Sayang Kerana Allah

Byk hadith yg mriwayatkan ttg kutamaan prsaudaraan krn Allah n kdudukan yg tinggi bg mereka yg menjalin persaudaraan krna Allah. Rasulullah SAW bsabda maksudnya: "Barangsiapa yang mjalin psaudaraan krn Allah maka Allah akn mninggikan darjatnya di dlm syurga, tdk condong suatu apapn dlm amalanny".

Berkata Abu Idris Al Khaulani kepada Muaz bin Jabal: "Sesungguhnya aku mencintai anda kerana Allah". Maka Muaz berkata: "Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah. Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: "Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pd malam lailatul qadar, wktu itu manusia tkejut padahal mereka tdk merasa tkejut, n manusia takut padahal mereka tdk merasa takut, mereka itu adalh Auliya Allah yg tidak pernah takut thadap mereka (musuh-musuh Allah) n tidak prnah merasa khuatir". Kemudian aku (Muaz) bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?" Baginda menjawab: "Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah". (Riwayat Ahmad dan Hakim) Persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah ini adalah didirikan kerana ingin menegakkan kalimah Allah dan meninggikan asma Allah. Mereka berjumpa kerana menegakkan kbenaran n mcegah kmungkaran. Mereka mgutamakan ksejahteraan kaum muslimin daripada dirinya sendiri, dan menjaga hubungan persaudaraan itu dengan akhlak yg mulia. Jika konsep psaudaraan krn Allah ini dpt dilaksanakan oleh umat Islam sluruhny maka bahagialah umat ini hgga akhir hayat.
Dlm sbuah hadith diterangkn, ssungguhnya Abu Hurairah ra. mriwayatkan bhawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang2 yg menjalin rasa cinta krn Aku ? Hari ini pd saat tdk ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akn Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sbanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mdapat plindungan Allah di saat tidak ada plindungan lain pd hari itu kcuali plindungan-Nya saja.
Sbagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bhw di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yg menjalin cinta krn Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra).

Thursday, 18 August 2011

~~~LAILATUL QADAR~~~



Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yg dkurniakn kpd umat Nabi
Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda trhadap usia umatNya
yg semakin pendk.bagi mngatasi keraguan,maka Allah SWT mnurunkan
malam Lailatul Qadar yg mmbawa phala sperti beribadat selama 83 thun.ini bg mnyamakan jarak masa umat trdahulu dgn umat Baginda pd hari ini dlm mngerja dan mndaptkan pahala beribadat.
".....(iaitu)ada pd buln Ramadhan.kerana itu,hndaklah kamu mncrinya pd spuluh hari terakhir.krana ia trdapat pd hari2 gnjil,iaitu pd malm 21,mlam 23,mlm 25,mlm 27 ,mlam 29 ataupun malm terakhir"...Hr Ahmad
RASULULLAH saw bersabda :"bersedialah dgn bersungguh-sgguh utk menemui malam LAILATUL QADAR pada malam2 ganjil di sepuluh malam akhir bulan RAMADHAN."
 
pd zaman Rasulullah SAW,ramai ulama dan sahabat mnyambut Lailatul Qadar dgn tkun mngrjakan ibadat,Rasulullah SAW sndiri tidk prnah leka dlm hal ini walaupun Baginda tlah djnjikan tmpat di sisiNya.malahn Baginda kusyuk beribadat sehingga kakinya bgkak tnpa memikirkn keskitan yg dtanggung..

Kita sbagai umatnya juga harus mngikuti contoh ini........

Inginkan Ketenangan Hidup



Pristiwa bruk masa silam, baik bbentuk musibah ataupun bbentuk ksilapan n ksalahan yg dilakukan sendiri mmg kadangkala mgganggu khidupan sseorang. Bahkn ramai org sukar utk mghilangkn bayangan masa silam tsebut shingga menghantui segala aktiviti hariannya. Di dlm ajaran Islam mberi bimbingan kpd umatnya agar myerahkan sgala ktentuan yg tjadi tsebut kpd Allah SWT smata.
 Firman Allah SWT maksudnya: "Iaitu orang2 yg apabila dtimpa musibah, mereka m'gucapkn: "Ssungguhnya kami adalh milik Allah n kepadaNya lah kami kembali". Mereka itulah yg mdapat kberkatan yg sempurna n rahmat  dri  Tuhannya n mereka ialah orang2 yg mdapat ptunjuk". (Al Baqarah 156-157) Janganlh dgn sengaja mmikirkan pkara yg tlh lalu tersebut, ttpi brtawakallah n berserah diri kpd Allah SWT, agar mperolehi ktenangan jiwa. Disamping itu kuatkn kyakinan diri bahawa Allah SWT sentiasa mbantu n membimbing umatnya yg ingin kebenaran n kedamaian. Berdoalh kpd Allah agar thindar dari gangguan syaitan n kecenderungan hati kepada perkara yg mungkar. Kemudian tenangkan hati dgn melakukan ibadah secara sempurna n sentiasa mengharap rahmat dan redha-Nya.

Tuesday, 16 August 2011

Bercinta Menurut Islam


Dlm Al-Quran dlm surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki n wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sbenarnya adalh prasaan smulajadi yg wujud pd badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bcinta itu sendiri.
Jika cinta sseorang itu kpada bapa n ibunya mlebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan  nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam  begitu mudah, tak payah sbagaimana sangkaan ssetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kpda gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubaoanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.
Setelah berkahwin  bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.

Petua Mencuci Hati


1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sunday, 14 August 2011

SIAPAKAH DIA???

Siapakh org yg sibuk??? Org yg sibuk adalh org yg x mgmbil berat akn waktu solatnya seolah-olah ia mpunyai kerajaan sprti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakh org yg manis snyumannya???Org yg mpunyai snyuman yg manis adalh org yg ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu smbil bkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", smbil mgukir senyuman.

Siapakh org yg kaya? Org yg kaya adalh org yg bsyukur dgn apa yg ada n x lupa akn knikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakh orang yang miskin? Org yg miskin adalh org x puas dgn nikmat yg ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakh org yg rugi? Org yg rugi adalh org yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat utk mlakukan ibadat n amal2 kebaikan.

Siapakh org yg paling cantik? Org yang paling cantik adalh org yg mpunyai akhlak yg baik.

Siapakh org yg mempunyai rumah yg paling luas? Org yg mpunyai rumah yg paling luas adalh org yg mati mbawa amal2 kebaikan di mana kuburnya akn di p'luaskan saujana mata memandang.

Siapakh org yg m'punyai rumah yg sempit lagi dihimpit? Org yg mempunyai rumah yang sempit adalah org yang mati tidak mbawa amal2 kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakh org yg m'punyai akal? Org yg m'punyai akal adalh org2 yg menghuni syurga kelak krana telah m'gunakan akal s'waktu di dunia utk m'ghindari siksa neraka.

Saturday, 13 August 2011

Warkah Buat Hawa

HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yangg solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH…

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri…

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Friday, 12 August 2011

DUHAI HATI


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Duhai Hati…
Mengapa bersedih andai yang terjadi
Tidak seperti yang diimpi,
Bukankah disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Duhai Hati…
Mengapa kecewa dengan cinta makhluk yang akan mati,
Bukankah cinta Allah itu yang hakiki

Duhai Hati…
Mengapa tidak sungguh2 dalam berjuang di jalan illahi,
Bukankah janji Allah telah  terpatri
Duhai hati…
Mengapa cintakan duniawi melebihi cinta ilahi,
Bukankah cinta ilahi lebih diredhai


Duhai Hati…
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui,
Akan segala isi hati ini..
Dalam tenang dan senyum ini ada duka yang tersembunyi..
Bukan aku pinta jadi begini…

Thursday, 11 August 2011

Lelaki acuan al-Quran

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menjaga pergaulan dan tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran”

Wednesday, 10 August 2011

Koleksi Kata-Kata Hikmah

✿Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana kita belajar IKHLAS♥

✿Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD dari mana kita belajar SABAR♥
✿Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR♥
✿Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana kita dapat kenal Allah lebih DEKAT♥
✿YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuanNya adalah TERBAIK untuk kita♥
ღ¸.•´¯)♥InsyaAllahღ¸.•´¯)♥

~♥✿.¸¸.•´✿◕ "Seseorang yang istimewa..bukanlah yang selalu di depan mata dan bukan juga yang selalu di sisi kita..tetapi dia yang setia di hati dan mengingat kita pada setiap bisikan doanya..dan salah satu doa yang diijabah(di perkenankan) adalah doa yang kita panjatkan untuk orang lain namun orang yang kita doakan tersebut tidak mengetahui kita mendoakannya

.•´¯)♥
Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah...".•´¯)♥


♥Allah lah yg membuat kita mampu tersenyum meski pun dlm keadaan menangis
♥ Allah tempat bertahan ketika kita hendak menyerah
♥ Allah tempat berdoa ketika hilang tempat mengadu & ketika semua orang menjauh
♥ Allah tempat utk kembali bangkit meski hati telah hancur berkali-kali 

Tuesday, 9 August 2011

WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

“Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan “ (riwayat Al-Dailami)
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."~

WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

JANGANKAN LELAKI BIASA , NABI PUN TERASA SUNYI TANPA WANITA,
TANPA MEREKA ,FIKIRAN DAN PERASAAN LELAKI AKAN RESAH,
MASIH MENCARI WALAU ADA SEGALANYA,
APA YANG TIADA DIDALAM SYURGA ? NAMUN ADAM TETAP RINDUKAN HAWA,
DIJADIKAN WANITA DARIPADA TULANG RUSUK YANG BENGKOK UNTUK,
DILURUSKAN OLEH LELAKI,
TETAPI SEANDAINYA LELAKI ITU SENDIRI TIDAK LURUS ....
MANA MUNGKIN KAYU YANG BENGKOK MENGHASILKAN BAYANG YANG LURUS,
LURUSKANLAH WANITA DENGAN JALAN YANG DITUNJUK OLEH ALLAH SWT,
KERANA MEREKA DICIPTAKAN SEBEGITU RUPA OLEH ALLAH,
DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARINYA,
JANGAN CUBA MENJINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, KERANA NANTINYA,
MEREKA SEMAKIN LIAR,
JANGANLAH HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , KERANA NANTINYA,
MEREKA AKAN SEMAKIN DERITA,
KENALKAN MEREKA, KEPADA ALLAH , ZAT YANG KEKAL,
DISITU PUNCA KEKUATAN DUNIA !
AKAL SENIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN IA DENGAN ILMU,
HATI SERAPUH KACA, KUATKANLAH IA DENGAN IMAN,
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH IA DENGAN AKHLAK,
SUBURKANLAH IA KERANA DARI SITULAH NANTINYA,
MEREKA AKAN LIHAT NILAIAN DAN KEADILAN RABB,
BISIKKAN KE TELINGA MEREKA BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN,
IA BUKAN DISKRIMINASI ALLAH, SEBALIKNYA DISITULAH KASIH DAN SAYANG ALLAH,
WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, PASTI TIDAK AKAN TERHIBUR,
DAN TIDAK AKAN MENGHIBURKAN,
TANPA IMAN, ILMU DAN AKHLAK, MEREKA TIDAK AKAN LURUS,
BAHKAN AKAN SEMAKIN MEMBENGKOK,
ITULAH HAKIKATNYA ANDAI WANITA TIDAK KENAL RABBNYA,
BILA WANITA MENJADI DERHAKA, PASTI DUNIA LELAKI AKAN MENJADI HURU-HARA,
LELAKI PULA JANGANLAH MENGHARAPKAN KETAATAN SEMATA-MATA,
TAPI BINALAH KEPIMPINAN,
PASTIKAN SEBELUM WANITA MENUJU ILAHI, PIMPINLAH DIRI KEPADANYA,
JINAKKAN DIRI KEPADA ALLAH, NESCAYA AKAN JINAKLAH SEGALA-GALANYA
DI BAWAH PIMPINANMU
JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA'.
ANDAINYA DIRIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAHAH.
WALLAHU TAALA A'ALAM...........

diciptakan wanita itu spy menjadi hiasan dunia...namun, sebaik2 hiasan dunia adalah wanita yg solehah... tiap2 manusia yg diciptakan adlh x sempurna namun disebabkn itu lah manusia dijadikan berpasang2an agar saling lengkap melengkapi....Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5. Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6. Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.tiap2 kelemahan@ kkrgn kite itu yg akn meningkatkan diri kita.kite kate kite ni kuat marah, tp jika disalurkan pada jln yg btl tntu akn mndpt gnjran dr Allah

Sunday, 7 August 2011

Teka-teki REHAT KEJAP SAMBIL HILANG STRESSSSS...^_^

KLU BOLEH JGN TGK JAWAPAN DLU>>PK DLU,XLEH JWB BRU TGK JAWAPAN EA
SELAMAT MENCUBA>>>>>>

Soalan : Hitam & berpeluh..Haa..Ape tu??
Jawapan : Semut hitam tengah berjogging....

Soalan : Apa benda bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung....
Jawapan : Seluar dalam lerrr..

Soalan : Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan : Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuih lepat liat sampai
LELANGIT...


Soalan : Byk-byk kotak, kotak ape yg tak leh angkat?
Jawapan : Kotak penaltilah

Soalan : Kenapa penggali kubur gali kubur tak pakai selipar???
Jawapan : Selipar maner boley buat gali tanah......gune cangkol lar....

Soalan : 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah ia?
Jawapan : Koboi naik kuda bawa ayam.

Soalan : Masa dia hidup kita nyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
Jawapan : Lilin masa sambut birthday

Soalan : Scorpion kaler apa?
Jawapan : Kala jengking la

Soalan : Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan : Kerani

Soalan : Ada sorang iman, tengah sembahyang lepas tu ada sekor anjing lalu depan dia.. pastu
dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan : Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri

Soalan : 4 org awek berpayung dgn satu payung tp kenape tak basah?
Jawapan : Sebab tak hujan

Saturday, 6 August 2011

Inspirasi Stlh hdpi Ssuatu Kgagalan

  • Manusia yg berjaya akn mperolehi kuntungan dpd ksilapanny,n mcuba lg dgn cara yg lain.
  • Kgagalan bmakna bhwa anda blum bjaya lagi.
  • Ingatlh bhwa anda blh gagal dlm apa shj dlm hdp asalkn tdk mjd seorg yg ggal.
  • Kgagalan bkn bmakna anda tdk mcapai apa2.Ia bmakna anda tlh mplajari ssuatu.
  • Wang bkanlah sgla-galanya, namun ia pasti mjadi phubung dgn anak2 anda.
  • Ramai org yg masih bgantung kpd kerja2 yg bgaji rndah krna mrka tkut ggal jk mcuba kerja lain.
  • Ksilapan adalh bukti bhw sseorang itu tlh mcuba mbuat ssuatu pkara @ pkerjaan.
  • Ksilapan mgajar kta ttang apa yg perlu kta plajari slps itu.
  • Apa yg anda plajari slps kgagalan shja yg dkira.Kgagalan itu sdiri tdk dkira.
  • Anda tdak ggal.Anda hnya mnemui cra yg tdak bkesan.
  • Ksilapan adalh realiti khidupany yg pting adalh tindakblas thadap ksilapan itu.
  • Jk anda inginkn sbuah tmpat d mtahari,sedialh utk tbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.