BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 16 August 2011

Bercinta Menurut Islam


Dlm Al-Quran dlm surah Al-Nur ayat 30-31 memerintahkan kaum lelaki n wanita Islam menutup pandangan dari perkara maksiat, menjaga kehormatan diri dan tidak boleh menzahirkan perhiasan badan kecuali yang biasa kelihatan sahaja iaitu muka dan tapak tangan bagi kaum wanita. Perasaan cinta sbenarnya adalh prasaan smulajadi yg wujud pd badan manusia. Mereka cinta kepada ayah ibu, anak, sahabat handai dan lain-lain. Islam tidak pernah melarang cinta ini, cuma yang Islam tekankan ialah teknik bcinta itu sendiri.
Jika cinta sseorang itu kpada bapa n ibunya mlebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, jelas perbuatannya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan  nas al-Quran. Seseorang yang bercinta mengikut cara Islam  begitu mudah, tak payah sbagaimana sangkaan ssetengah pihak. Apabila hatinya berkenan kepada seseorang gadis hendaklah ia menunaikan solat hajat atau istikharan dua rakaat. Setelah keputusannya bulat kpda gadis terlibat hendaklah ia meminang gadis itu melalui ibubaoanya atau secara terus kepada gadis terlibat, seterusnya melangsungkan perkahwinan.
Setelah berkahwin  bolehlah suami tadi bercinta dengan isterinya sebanyak mana yang ia mahu, kerana cara ini adalah satu cara yang paling halal di sisi Allah dan syarak. Inilah satu-satu caranya bercinta dalam Islam, bukan sebagaimana yang banyak berlaku sekarang bercinta-cinta bertahun-tahun sehingga banyak berlaku perkara mungkar dan maksiat dan menjadi masalah kepada negara.

0 comments: