skip to main |
skip to sidebar
“Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan “ (riwayat Al-Dailami)
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."~
WANITA: AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
JANGANKAN LELAKI BIASA , NABI PUN TERASA SUNYI TANPA WANITA,
TANPA MEREKA ,FIKIRAN DAN PERASAAN LELAKI AKAN RESAH,
MASIH MENCARI WALAU ADA SEGALANYA,
APA YANG TIADA DIDALAM SYURGA ? NAMUN ADAM TETAP RINDUKAN HAWA,
DIJADIKAN WANITA DARIPADA TULANG RUSUK YANG BENGKOK UNTUK,
DILURUSKAN OLEH LELAKI,
TETAPI SEANDAINYA LELAKI ITU SENDIRI TIDAK LURUS ....
MANA MUNGKIN KAYU YANG BENGKOK MENGHASILKAN BAYANG YANG LURUS,
LURUSKANLAH WANITA DENGAN JALAN YANG DITUNJUK OLEH ALLAH SWT,
KERANA MEREKA DICIPTAKAN SEBEGITU RUPA OLEH ALLAH,
DIDIKLAH MEREKA DENGAN PANDUAN DARINYA,
JANGAN CUBA MENJINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, KERANA NANTINYA,
MEREKA SEMAKIN LIAR,
JANGANLAH HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN , KERANA NANTINYA,
MEREKA AKAN SEMAKIN DERITA,
KENALKAN MEREKA, KEPADA ALLAH , ZAT YANG KEKAL,
DISITU PUNCA KEKUATAN DUNIA !
AKAL SENIPIS RAMBUTNYA , TEBALKAN IA DENGAN ILMU,
HATI SERAPUH KACA, KUATKANLAH IA DENGAN IMAN,
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH IA DENGAN AKHLAK,
SUBURKANLAH IA KERANA DARI SITULAH NANTINYA,
MEREKA AKAN LIHAT NILAIAN DAN KEADILAN RABB,
BISIKKAN KE TELINGA MEREKA BAHAWA KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN,
IA BUKAN DISKRIMINASI ALLAH, SEBALIKNYA DISITULAH KASIH DAN SAYANG ALLAH,
WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, PASTI TIDAK AKAN TERHIBUR,
DAN TIDAK AKAN MENGHIBURKAN,
TANPA IMAN, ILMU DAN AKHLAK, MEREKA TIDAK AKAN LURUS,
BAHKAN AKAN SEMAKIN MEMBENGKOK,
ITULAH HAKIKATNYA ANDAI WANITA TIDAK KENAL RABBNYA,
BILA WANITA MENJADI DERHAKA, PASTI DUNIA LELAKI AKAN MENJADI HURU-HARA,
LELAKI PULA JANGANLAH MENGHARAPKAN KETAATAN SEMATA-MATA,
TAPI BINALAH KEPIMPINAN,
PASTIKAN SEBELUM WANITA MENUJU ILAHI, PIMPINLAH DIRI KEPADANYA,
JINAKKAN DIRI KEPADA ALLAH, NESCAYA AKAN JINAKLAH SEGALA-GALANYA
DI BAWAH PIMPINANMU
JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA'.
ANDAINYA DIRIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAHAH.
WALLAHU TAALA A'ALAM...........
diciptakan wanita itu spy menjadi hiasan dunia...namun, sebaik2 hiasan dunia adalah wanita yg solehah... tiap2 manusia yg diciptakan adlh x sempurna namun disebabkn itu lah manusia dijadikan berpasang2an agar saling lengkap melengkapi....Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3. Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4. Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5. Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6. Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -
1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3. Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.tiap2 kelemahan@ kkrgn kite itu yg akn meningkatkan diri kita.kite kate kite ni kuat marah, tp jika disalurkan pada jln yg btl tntu akn mndpt gnjran dr Allah
0 comments:
Post a Comment