BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 20 November 2011

Kehidupan Yang Baik Disisi Allah

Sahabat2ku n Kaawan2ku....

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 97 yang bermaksud....

" Barangsiapa yang melakukan kebajikan baik lelaki dan perempuan, sedangkan dia adalah seorang mukmin, nescaya akan Kami hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan Kami balas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.""

Apakh yg dimaksudkan dgn kehidupan yang baik dari ayat di ats? Kehidupan yang baik sudah tentulah bukan hanya ditentukan oleh banyaknya harta benda dan kekayaaan, kedudukan dan pangkat yang tinggi, pengaruh yang besar, ilmu yang banyak atau pergaulan yang luas, tetapi sesungguhnya ia ditentukan oleh kekayaan jiwa sesaorang.

Kaya jiwa kerana tingginya rasa syukur pada Allah diatas segala nikmat yang Allah berikan tidak kiralah sama ada banyak atau sedikit......
Kaya jiwa kerana jiwa sentiasa rasa cukup dengan segala pemberian Allah, tidak pernah merungut mahupun keluh kesah dgn segala ketentuan Allah padanya.......
Adakh kita punyai jiwa sedemikian? Jika belum, sebenarny kita masih belum mncapai hakikat kehidupan yang baik!

Imam Al Qurthubi dlm bukunya Al-Jamiah Al-Ahkam Al- Quran menerangkn tentang hakikat n pengertian kehidupan yg baik yg t'diri dari 5 unsur..........
Rezeki yang diperolehi dengan cara yg baik dan halal serta dibelanjakan pd jalan Allah
Merasa puas dengan apa yg dimiliki dan memadai dgn apa yg ada (qanaah)

Taufik yg diperolehinya sebagai ganjaran daripada ketaatannya dlm melaksanakan tuntutan dan perintah Allah
Sa'adah atau kebahagiaan diperolehinya setelah keperluan-keperluan hidupnya terutama keperluan rohaninya tercapai dgn sempurna.
Jannah atau syurga tempat tinggal yg dipenuhi rahmat dan kurnia Allah.
Untuk mencapai kehidupan yg baik ini perlu melalui 2 jalan iaitu

Amal soleh
Melakukan amal kebaikan yg mendatangkan manfaat pada diri, keluarga dan umat manusia umumnya. Setiap amal yg dilakukan menjadi amal soleh apabila niatnya ikhlas kerana Allah dan jalan melakukan amal itu mengikut apa yg telah digariskan oleh Allah, Inilah sebenarnya tujuan kita melakukan apa sahaja amal walau pun ia berbentuk duniawi..jika niat dan caranya betul kerana Allah dan di atas jalan Nya....semuanya jadi amal soleh! Kehidupan kita di dunia ini sebenarnya tidak terpisah dengan matlamat akhirat..!

Iman
Apabila setiap pekerjaan yang di buat di atas dasar iman pada Allah, semuanya jadi bernilai di sisiNya, walaupun dengan hanya memberikan senyuman ikhlas pada sahabatnya! Amal yang kecil jadi besar dan bermakna jika kita laksanakannya atas dasar iman padaNya. Sebaliknya amal yang besar jadi kecil dan tidak bernilai jika ia tidak dihubungkan dengan Allah! Jadi mulailah dengan melakukan amal-amal yang nampak kecil di mata manusia tapi sebenarnya besar disisi Allah. Jangan kita meremehkan amal yang kecil kerana kita nak kejar amal yang besar kerana belum tentu ia dinilai tinggi oleh Allah!

Sentiasa sematkan dijiwa kita bahawa dalam setiap apa yang kita kerjakan......
Allah sentiasa bersama dan menyertai kita yang beramal soleh
Allah akan beri balasan yang lebih baik dari apa yang dikerjakan hambaNya
Allah akan pasti menghukum sesiapa yang melanggar laranganNya
Allah pasti akan minta pertanggungjawabkan atas setiap amal perbuatan hambaNya
Jadi didalam kehidupan yang singkat dan penuh ujian ini......perlunya kita sentiasa ingat akan peringatan Allah yang sebenarnya hanya menginginkan kita menempuh jalan yang lurus yang menyampaikan kita kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Ingatlah kehidupan kita yang sebenarnya berada di akhirat, dunia ini hanyalah merupakan persiapan semata-mata menuju akhirat. Di dunia ini kita mempersiapkan diri kita dengan membersihkan jiwa kita dan amalan kita kepada Allah......!.Wallahu'alam
Smoga kita terus istiqomah dlm melaksanakan ibadah hanya kerna Allah Ta'ala..insyaAllah..^_^ 
 

0 comments: